Popcorn Ayam Rangup Organik & Chip buah-buahan

08:56 Edit This 0 Comments »



Produk sejuk beku (frozen food) keluaran HPA, Chicken Popcorn Crispy Organic (Popcorn Ayam Rangup Organik).

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 10.00

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 8.00

Berat: 400 gram





Produk baru HPA: Chip buah-buahan, Pineapple Chips dan Apple Chips. Produk ini telah dilancarkan pada 16 Mei 2010 semasa Kuliah Perubatan Jawi di Hotel De’Palma, Ampang beserta 4 produk baru yang lain iaitu CD Profil HPA, Biskut Coklat Chip, Biskut Suji Badam dan Seri Kaya Perisa Pandan oleh Pengarah Urusan HPA.


Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 6.00


Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 5.50

RFC di Kluang

07:08 Edit This 0 Comments »



Bertuah sungguh orang di Kluang. Sebaik sahaja RFC di sana dibuka, satu lagi restoran baru Radix Chicken House (RCH) akan turut bersama-sama beroperasi. Ia bertempat di Kluang Business Centre di belakang CIMB Kluang.

Majlis Pelancaran Radix Chicken House (RCH) akan diadakan pada 21 November 2009 bertempat di perkarangan restoran Radix Chicken House (RCH). Perasmian ini akan dilakukan oleh PU , Tuan Haji Ismail Haji Ahmad.

Semua ahli HPA dan cawangan-cawangan Al-Wahida Marketing di seluruh negara dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Sumber dari Dunia Herba HPA

Sardin HPA

08:45 Edit This 0 Comments »


Sardin HPA:

Pasaran Sardin

Pasaran untuk sardin dalam bentuk tin sangat tinggi sehinggakan dalam waktu yang terdekat sahaja hampir semua cawangan HPA kehabisan stoknya. Pemintaan yang tinggi ini di jangka akan berterusan memandangkan hanya satu sahaja syarikat pengetinan sardin yang di miliki oleh bumiputra di Malaysia. HPA menjadikan produk ini sebagai salah satu produk halal yang dipasarkan di dalam sistem MLM Syariahnya.

Saya mendengar komentar daripada pengguna bahawa mereka sudah lama tidak mengambil sardin dalam bentuk tin disebabkan kesukaran mendapatkan produk Islam. Selain daripada sardin, HPA juga bercadang untuk pengetinan ayam, lembu, bilis dan kambing. Sudah sampai masanya rangkaian produk halal akan menguasai pasaran lokal dan dunia.InsyaAllah.

Harga
Semenanjung Malaysia: RM 6.50
Sabah & Sarawak: RM 8.00

Sumber dari Dunia Herba HPA

Minuman IMT

11:24 Edit This 0 Comments »
Satu lagi produk HPA yang akan menjadi keperluan setiap rumah ialah IMT drink. Minuman ini dibuat dengan satu bentuk pemerosesan tradisional untuk tujuan yang sangat banyak. Saya percaya sambutan kepada IMT drink akan bertambah dan mungkin melebihi pemintaan Minyak But-but sekiranya pengguna faham kelebihanya.

Antara kelebihannya ialah :-

1. pelindung hati
2. demam panas dan demam selsema.
3. sakit tekak
4. resdung
5. sakit sendi
6. cirit-birit
7. ketersumbatan jantung
8. menurunkan kolesterol
9. menurunkan darah tinggi

Boleh diminum sebotol sekali dan ulangi hingga sembuh. IMT Drink tidak bermasalah dengan anak-anak kecil dan kurangi dosnya.(secawan kecil).
Ia sudah tidak mempunyai rasa pahit (daun hempedu bumi) tetapi sangat berkesan. Dari kajian kami 90% lebih pengguna menyatakan sangat baik untuk anak-anak mereka. Ini bererti kita kini telah menemui ubatan demam tanpa kimia, tanpa rasa pahit dan sangat berkesan.

Ia di proses dari daun hempedu bumi dan air mineral HPA yang beralkali (pH 9.8 ). Dimana air mineral ini boleh diperolehi ? Air yang Allah keluarkan untuk kita di Pokok Sena Kedah. Allahuakbar. Selamat mencuba dengan Izin Allah.
KAJIAN Pokok Herba Hempedu Bumi (Andrographis paniculata)

Kelebihan:

1. Andrographolid - Bahan utama yang menghalang pertumbuhan sel kanser hati, payudara dan prostat
2. Flavonoid - Antitrombosis (Mencegah dan menghancurkan pengumpulan darah).
3. Lactone - Antiradang / Antipiretik (pereda demam, panas dalam, radang paru-paru, tonsilitis, batuk berkahak)
4. Hepatoprotector - Detox (Membersih dan melindungi organ hati dari keracunan)
5. Immunostimulant (fagositosis) - Meningkatkan pengeluaran Antibody sebagai Antivirus dan Antibiotic.
6. Antihistamine - Mengurangkan pengeluaran histamin bagi alahan (resdung)
7. Produk HPA lain yang menggunakan Daun Pokok Hempedu Bumi ialah D’DET, KAPSUL IMT, HERBA RENDAMAN KAKI

Harga
Semenanjung Malaysia: RM 3.50
Sabah & Sarawak: RM 4.50

Sumber: JawiHerbShop.blogspot.com & JamalMajlis.blogspot.com

RCH sasar 50 cawangan

11:20 Edit This 0 Comments »



Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

RADIX Chicken House (RCH) meletakkan sasaran memiliki 50 cawangan di seluruh negara menjelang akhir 2010 yang sekali gus membuka kira-kira 1,000 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Pengurus Besar Al-Wahida Marketing Sdn Bhd (AWM) yang juga Pengurus RCH, Mohd Faisol Abdul Rahman, berkata sejak cawangan pertama dibuka di Jelempok, Arau, Perlis, RCH kini sudah mempunyai tiga cawangan.

Menurutnya, dua cawangan terbaru RCH ialah di Kangar, Perlis dan Alor Star, Kedah dengan tiga lagi cawangan akan dibuka dalam tempoh terdekat, masing-masing di Kluang, Johor; Ipoh, Perak dan Kota Bahru, Kelantan.

Katanya, cawangan Kluang akan dibuka pertengahan bulan ini manakala Ipoh dan Kota Bharu dijangka Disember dan Januari depan.

RCH adalah rangkaian restoran bawah HPA Industries Sdn Bhd (HPA) selain Radix Fried Chicken (RFC), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH) manakala AWM pula adalah syarikat bertanggungjawab terhadap pemasaran produk HPA.

“RFC berkonsep restoran makanan segera, ROC adalah masakan Cina, RPH pizza dan masakan Barat manakala RBH produk bakeri. Tetapi, RCH lebih berkonsep restoran makanan dengan hidangan,” katanya.

RFC ke 4 dibuka - Kluang

06:21 Edit This 0 Comments »

Alhamdulillah, Kluang kini menjadi cawangan ke-4 restoran Radix Fried Chicken (RFC) selepas Sg Petani, Bandar Laguna Merbok dan Alor Setar. Majlis perasmiannya telah berlangsung pada 24 Oktober 2009 yang lalu dan disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Haji Ahmad.

Kini masyarakat Kluang sudah ada pilihan, jadi selepas ini tidak ada lagi alasan. Radix Fried Chicken (RFC) adalah suatu imej Halal lagi berorganik. Radix Fried Chicken (RFC) akan menjadi pilihan seluruh masyarakat Malaysia.

RFC yang seterusnya akan menyusul di Melaka, Shah Alam, Taman Permata Ampang dan banyak lagi. Insyaallah Koperasi Wahida Berhad akan memainkan peranan dalam mengembangkan Radix Fried Chicken (RFC) dan Radix Chicken House (RCH). Jom melabur dalam KOPERASI WAHIDA BERHAD.

Petikan berita RFC Kluang dari akhbar Harian Metro
Oleh Zainuddin Zain (Harian Metro Isnin 26.10.2009)




HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini membuka cawangan restoran makanan segeranya, Radix Fried Chicken (RFC) yang pertama di luar utara Semenanjung.

Destinasi pilihan syarikat MLM yang terkenal dengan produk jenama Radix
seperti Kopi Radix, Radix Koko dan minuman bergas seperti Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren dan Radix Ais Krim Soda di Kluang, Johor.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata perasmian cawangan terbaru di Kluang Mall, Jalan Rambutan itu berlangsung antara jam 9 pagi dan 1 petang, kelmarin.

Menurutnya, Kluang rangkaian terbaru RFC selepas Lagenda Heights dan Laguna Merbuk di Sungai Petani selain Shahab Perdana, Alor Star.
Beliau juga mengumumkan satu lagi sejarah dilakar HPA apabila pizza HPA yang dinanti pengedar HPA dan umat Islam di negara ini beroperasi 17 Oktober lalu di Lagenda Heights, Sungai Petani.

Menurutnya, waktu perniagaan Radix Pizza House sama seperti rangkaian
restoran HPA lain bermula jam 9 pagi hingga 11 malam setiap hari.

“Kita seharusnya berbangga dan bersama-sama dengan HPA kerana semua produk dan rangkaian perniagaan HPA berkonsep halal dan suci selain menggunakan produk terbaik termasuk daging dan ayam organik seperti di RFC.

“Pizza rangkaian terbaru perniagaan makanan HPA selepas RFC, restoran makanan Cina iaitu Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Bakery House (roti dan biskut) dan Radix Chicken House (sate, nasi ayam dan ayam golek).

“Kita berusaha mempelbagaikan lagi rangkaian restoran kita (HPA),” katanya.

Ismail berkata, MLM HPA kini mengeluarkan coklat seperti Radix Chocolate Hazel, Radix Chocolate Almond, dan Radix Chocolate Milk yang dijamin menggunakan produk bersih dan suci sekali gus mengenepi keraguan umat Islam mengenai bahan tidak halal di dalamnya terutama membabitkan lemak haiwan.



Beliau berkata, produk terbaru yang dikeluarkan oleh HPA ialah sardin yang akan menggunakan jenama Sardin HPA.

“Pendedahan disampaikan penceramah, pemimpin dan pejuang HPA sama ada di dalam slot program motivasi atau kelas mingguan mengenai kemelut pemakanan umat Islam hari ini di mana antara makanan yang sering dikaitkan, pasaran sardin dalam tin yang amat mencurigakan daripada status halalnya.

“HPA terus maju selangkah demi selangkah dan kejayaan memasarkan sardin dalam tin dan dijangka mampu merebut pasaran produk jenis itu di pasaran umat Islam,” katanya.

HPA jugamengeluarkan produk pewangi tubuh Radix Men dan Radix Women.

Laman web rasmi RFC: http://www.radixfriedchicken.com.my/

Radix Fried Chicken (RFC) Kluang

Ubat Gigi

19:35 Edit This 0 Comments »

Ubat Gigi Herba HPA dengan khasiat daun mambu dan bunga cengkih. Antara kelebihan :

1. Diiktiraf HALAL oleh JAKIM

2. Diperbuat daripada sumber semulajadi iaitu daun mambu dan bunga cengkih

3. Tidak mengandungi gelatin dan serbuk tulang (Dicalcium Phosphate)

4. Tidak mengandungi florida yang merbahaya kepada usus

5. Mampu menyelesaikan hampir semua masalah gigi dan gusi

Dengan mengamalkan ubat gigi herba HPA, nafas akan menjadi segar, gusi sihat, kuman serta kaviti di dalam mulut dapat dibasmi serta menjadikan gigi kuat dan bersinar.

Khasiat Daun Mambu.

Herba yang berasal dari India dan Myanmar ini terkenal sebagai antiseptik atau antibakteria bagi mencegah masalah gusi dan gigi berlubang.

Khasiat Bunga Cengkih.

Herba yang berfungsi untuk menguatkan gigi dan seterusnya mencegah kerosakan gigi serta menyegar dan mengharumkan nafas.

Komposisi (200 gram per tiub) :

1. Azadirachta indica 2. Eugenia caryphyllata

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 6
Sabah & Sarawak: RM 7